Wednesday 30 April 2014

Siapa Pendakwah, Siapa Perintis Ilmu Agama Allah?

APAKAH SIFAT PENDAKWAH ?
LEMAH LEMBUT MANUSIA - mempermudahkan dan tidak menyusahkan. Membawa berita gembira bukan menakutkan. Dan dikenali manusia kerana akhlaknya yang baik.
ISTIQAMAH - Dalam berdakwah dan melakukan perubahan. Menyajikan ilmu secara berterusan. Menyelesaikan urusan
satu demi satu dan masalah demi masalah.
ZUHUD - Terhadap segala yang ada di tangan.Mengharap hanya kepada ALLAH SWT. Tidak suka dipuji. Menjauhi sifat sombong dimuka bumi dan tidak mengharap kecuali redha daripada ALLAH SWT.
BERPEGANG TEGUH KEPADA ALQURAN DAN HADIS - Menjauhi bidaah, sentiasa berlapang dada, mudah berurusan dengannya wajahnya berseri seri serta memiliki rasa malu.
MEMILIKI AKAL YANG CERDAS, BERTERUSAN MENAMBAH ILMU dan mempraktikkannya, terpancar keikhlasan dalam tutur kata dan
perbuatan dan tidak melukakan hati orang lain.
WAAALLAHUTA'ALAM.
*Hidup ini hanya ingin mengejar Nikmat SyurgaNya dan Syafaat dari Rasulullah SAW. 

QASIDAH OHH QASIDAH

Wahai yang jauh dariku dan tempatnya di lubuk hati yang terdalam

Qasidah “Ya Tarim”
Andai saja mereka melihat hakikat kota Tarim, maka mereka akan mengatakan: “Syurga dunia adalah Tarim”
(Al-Imam Ahmad bin Abil Hubb)
“Setetes ilmu di Tarim lebih baik dari pada lautan ilmu di luar Tarim”
(Al-Imam Abdurrahman Assegaf)
“Andai saja engkau mengeluarkan seluruh hartamu untuk mengunjungi kota Tarim, maka apa yang engkau dapatkan akan lebih banyak dari pada yang kau keluarkan”
(Al Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad)
“Di maqbaroh Zanbal dimakamkan lebih dari 10000 wali, 80 diantaranya adalah Qutbh (tingkatan wali tertinggi)”
(Al-Imam Abdurrahman Assegaf)
(jumlah ini sekitar 600 thn lalu, sebelum wafatnya Imam Assegaf, Alaydrus, Imam al Muhdlor, Imam Al Haddad, mungkin sekarang jumlah awlia’ di zanbal sudah mencapai ratusan ribu (kesimpulan nya katsir jiddan), di Zanbal juga terdapat makam makam sahabat Nabi yaitu Ahlu Badr)
Rasul shallallahu‘alaihi wasallam bersabda: ”Datang kepada kalian penduduk Yaman mereka lebih ramah perasaannya dan lebih lembut hatinya, iman adalah penduduk Yaman dan hikmah kemuliaan ada pada penduduk Yaman .” ( Shahih Al Bukhari )
Qalbu Yaman itu adalah Hadramaut, manakala qalbu Hadramaut adalah ~ kota Tarim
هذه القصيدة يا تريم
۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰۰
Qosidah Ya Tarim (Duhai Kota Tarim),
يا تريم يا تريم
Yâ Tarîm Yâ Tarîm
Duhai kota Tarim
شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..
بلدة الأولياء
Baldatun al-Auliyâ’
Negeri para wali
شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..
بجاه باعلوي
Bijâhi Bâ ‘Alawî
Dengan keberkahan Bani ‘Alawi
شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..
حبيبنا الگريم
Habîbunâl karîm
Para kekasih kami yang mulia
شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..
سقافنا ولي
Saqqôfunâ waliyyun
Al-Habib Abdurrahman Assegaf wali kami
شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..
المحضر والعيدروس
Al-Muhdlor wal ‘Aydarûs
Al-Habib Umar al-Muhdlor dan al-Habib Abdullah bin Abi Bakar al-Aydrus
شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..
الحداد والعطاس
Al-Haddâd wal ‘Aththôs
Al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad dan al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas
شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..
و جميع الوالی
Wa jamî’il wâlî
Dan seluruh para wali
شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..
وهم ذرية النبي
Wa hum dzurriyyatun-nabî
Mereka mereka adalah para keturunan Nabi Muhammad saw
شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..
بجاه النبي
Bijâhin-Nabî
Dengan kedudukan Nabi kami, berikanlah kami keberkahan Ya Allah
شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..
بجاه شيخنا
Bijâhi syaikhonâ
Dan juga dengan keberkahan guru guru dan orangtua kami
شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

Friday 25 April 2014

FIRST POST

Assalamualaikum ya Sohibul Jannah.

Apa khabar semuanya? Moga antum semua dalam keadaan al sihat bin walafiat insyaAllah.

Firstly, ana nak taaruf sikit pasal diri ana insyaAllah.
Ismi Khadijah ibn Al Husaini (Khadijah binti Husaini) boleh panggil ana Khadijah, Djah. InsyaAllah.
Ana asal dari Sarawak, Kuching Sarawak.
Ana sekarang Pelajar Tahun 3 insyaAllah baru masuk Semester 5 in Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam di Kolej Universiti Islam Melaka.

Mesti antum semua think *ehh dia ni, jauhnya tempat belajar*.

Haa. Meh sini ana nak JAWAB, ana CERITA ye alolololo. *Eh Djah ni. Hiks*

Pada mulanya, ana dapat tawaran kat Multimedia College kat tempat ana Kuching Sarawak. Bukan main semangat lagi pack barang apa semua, huh dalam kepala hotak ni dah fikir dah. Wahh, i wanna to be a budak kolej tak lama lagi. Okay great, ana pergilah buat preparation apa semua.

Tub Tub Tub Tub,

Ayah kata *KHADIJAH, tadi orang KUIM ada hantar surat tawaran, masuk KUIM jelah eh? jap g ayah nak g book ticket kita pergi after Twoweeks. Dah buat preparation kan? Cancel Multimedia College, amek KUIM. Ayah buat ni bersebab. Umi pun dah setuju. Boleh eh?*

Dengan terkedunya ana, Allahhh. Secara jujurnya. Ana rasa frust bila ayah cancelkan Multimedia College, tapi ana tetap redha, ana ikut je apa umi ayah nak. Satu je ana fikir masatu, nak dapat redha Allah, kena dapat redha umi ayah dulu. Okay ana ikut je. Buat persiapan untuk ke KUIM.

Dan Alhamdulillah Alla Kulli Hal, Ana telah menjadi warga KUIM selama 2 tahun. Berbaki 1 tahun lagi. Allahurabbi, cepatnya masa berlalu kan. Hmm dah nak habis sem baru nak cerita ke Djah Hahaha.

Okay dah sudah lah tu.


So kesimpulannya dari cerita ana ni kita sebagai ummat Muhammad Ya Rasulillah SAW kalau nak dapat Mardhatillah dari Allah SWT, kenalah dapat dulu redha dari kedua belah orang tua kita.
Tak rugi apa apa pun. Malah PAHALA yang kita dapat. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.

InsyaAllah. Moga moga antum semua dapat terima blog buruk ana ni seadanya.
Ana pendatang BARU LAH SANGAT dalam life sebagai seorang BLOGGER.

Ana cuma ingin menyampaikan apa yang Rasulullah SAW ingin ummatnya amalkan sepanjang kehidupan kita di dunia yang sangat sementara ini.

Ana sejujurnya sangat tidak pandai memberi nasihat, kerana ana Al Faqir yang  baru merangkak mencari Agama Allah SWT untuk dibawa pergi menghadap Sang Pencipta.

Mohon tunjuk ajar dari kalian semua yang sanggup luang kan masa singgah kat Blog buruk ana ni.

Moga semua benda apa yang makhluk Allah SWT ciptakan ini kita dapat ambil jalan untuk buat dakwah. Selagi kita masih bernafas, jangan berhenti untuk teruskan Sunnah Rasulullah SAW kerana di akhirat nanti kita akan berlindung dari azab Allah dan moga kita semua mendapat Syafaat dari Sang Kekasih Abadi Allah SWT iaitu Muhammad bin Abdullah ya Rasulullah SAW.

INSYAALLAH.

Ana akan update dari masa ke semasa.

Jazakallahukhairankathira ya Akhi wa Ukhti.

AssalamualaikumWBT.