Friday 25 April 2014

FIRST POST

Assalamualaikum ya Sohibul Jannah.

Apa khabar semuanya? Moga antum semua dalam keadaan al sihat bin walafiat insyaAllah.

Firstly, ana nak taaruf sikit pasal diri ana insyaAllah.
Ismi Khadijah ibn Al Husaini (Khadijah binti Husaini) boleh panggil ana Khadijah, Djah. InsyaAllah.
Ana asal dari Sarawak, Kuching Sarawak.
Ana sekarang Pelajar Tahun 3 insyaAllah baru masuk Semester 5 in Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam di Kolej Universiti Islam Melaka.

Mesti antum semua think *ehh dia ni, jauhnya tempat belajar*.

Haa. Meh sini ana nak JAWAB, ana CERITA ye alolololo. *Eh Djah ni. Hiks*

Pada mulanya, ana dapat tawaran kat Multimedia College kat tempat ana Kuching Sarawak. Bukan main semangat lagi pack barang apa semua, huh dalam kepala hotak ni dah fikir dah. Wahh, i wanna to be a budak kolej tak lama lagi. Okay great, ana pergilah buat preparation apa semua.

Tub Tub Tub Tub,

Ayah kata *KHADIJAH, tadi orang KUIM ada hantar surat tawaran, masuk KUIM jelah eh? jap g ayah nak g book ticket kita pergi after Twoweeks. Dah buat preparation kan? Cancel Multimedia College, amek KUIM. Ayah buat ni bersebab. Umi pun dah setuju. Boleh eh?*

Dengan terkedunya ana, Allahhh. Secara jujurnya. Ana rasa frust bila ayah cancelkan Multimedia College, tapi ana tetap redha, ana ikut je apa umi ayah nak. Satu je ana fikir masatu, nak dapat redha Allah, kena dapat redha umi ayah dulu. Okay ana ikut je. Buat persiapan untuk ke KUIM.

Dan Alhamdulillah Alla Kulli Hal, Ana telah menjadi warga KUIM selama 2 tahun. Berbaki 1 tahun lagi. Allahurabbi, cepatnya masa berlalu kan. Hmm dah nak habis sem baru nak cerita ke Djah Hahaha.

Okay dah sudah lah tu.


So kesimpulannya dari cerita ana ni kita sebagai ummat Muhammad Ya Rasulillah SAW kalau nak dapat Mardhatillah dari Allah SWT, kenalah dapat dulu redha dari kedua belah orang tua kita.
Tak rugi apa apa pun. Malah PAHALA yang kita dapat. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.

InsyaAllah. Moga moga antum semua dapat terima blog buruk ana ni seadanya.
Ana pendatang BARU LAH SANGAT dalam life sebagai seorang BLOGGER.

Ana cuma ingin menyampaikan apa yang Rasulullah SAW ingin ummatnya amalkan sepanjang kehidupan kita di dunia yang sangat sementara ini.

Ana sejujurnya sangat tidak pandai memberi nasihat, kerana ana Al Faqir yang  baru merangkak mencari Agama Allah SWT untuk dibawa pergi menghadap Sang Pencipta.

Mohon tunjuk ajar dari kalian semua yang sanggup luang kan masa singgah kat Blog buruk ana ni.

Moga semua benda apa yang makhluk Allah SWT ciptakan ini kita dapat ambil jalan untuk buat dakwah. Selagi kita masih bernafas, jangan berhenti untuk teruskan Sunnah Rasulullah SAW kerana di akhirat nanti kita akan berlindung dari azab Allah dan moga kita semua mendapat Syafaat dari Sang Kekasih Abadi Allah SWT iaitu Muhammad bin Abdullah ya Rasulullah SAW.

INSYAALLAH.

Ana akan update dari masa ke semasa.

Jazakallahukhairankathira ya Akhi wa Ukhti.

AssalamualaikumWBT.

No comments:

Post a Comment