Monday 26 May 2014

Cemburu Seorang Sahabat

[10:36pm, 26/05/2014] El Khadijah:

Mungkin perasaan tu wujud apabila seseorang yang kita rapat sering bersama dengan orang yang mungkin lebih jauh rapat dari dirinya. Menyayangi dirimu adalah kesederhanaan padaku. Ingin mencuba menipu diri sendiri yang perasaan itu akan hilang dan pergi jauh hanya untuk menjaga hati masing-masing agar antara kita tiada yang terluka. Namun diriku seorang yang bukannya selalu kuat untuk menjaga perasaan ini. ku sering lemah, ku sering merasakan diriku bukan sempurna untukmu, ku sering merasakan ianya lebih baik dariku, ku sering merasakan kita jauh, ku sering merasakan diriku hadir hanya untuk menyakitkanmu, membebani dirimu tapi sebaliknya hatiku tidak pernah menipu untuk mengatakan sayang padamu walaupun terkadang diri ini merasakan kebencian yang dalam pada dirimu selepas beberapa peristiwa hitam memusnahkan segalanya. Namun aku terus kuat, Allah menemukan kembali engkau kepadaku. Mungkin dirimu merasakan perasaan yang sama apabila antara kita sering berlakunya pertelingkahan yang kekadang sangat menyakitkan. Dan pada masa yang sama, kerinduan itu hadir. Mengapakah. Terlalu akrab ukhwah ini. Kenapakah Allah hadirkan engkau sahabatku.
Kerana mungkin kau penyeri hidupku. Kerana kau menerangi saat saat aku berada dalam kegelapan. Kerana hadirnya dirimu berlakunya perubahan antara kita. Allah takkan hadirkan seseorang pada kita tanpa sebab.

Terima Kasih Sahabat. Terimakasih hadir dalam hidupku.

Inginku berpesan padamu, aku bukan lah sahabat yang baik dan selalu baik namun aku ingin sekali bersamamu dengan kekuranganku ini, dengan kesederhanaanku ini. Maafkan aku atas kekhilafan diriku sebelum ini. Yang selalu menyakitkanmu. Aku sedang mencuba. Mencuba untuk mempelajari nikmat dalam kehidupan ini.
Jagailah ukhwah ini sampai impian kita sebelum ini akan tercapai iaitu bersamanya diriku dan dirimu di Syurga Allah suatu hari kelak. Pegang kuat katakataku.
Engkaulah sahabat dunia akhirat yang ku cari selama ini. Terima kasih hadirkan dia Ya Allah.
[10:38pm, 26/05/2014] El Khadijah: Create by Me. Miss Micrillivious Khadijah :)

Tuesday 13 May 2014

Diriku Wanita

PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut

3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.

5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan

"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi

7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan

8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT

9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud

Amalkan hari-hari....in shaa Allah kelihatan 'cantik'

Cantik bagaimana?

Cantik 'hati', cantik jiwa, roh, wajah dan perasaan.

Friday 9 May 2014

Sahabat Hadiah Allah untuk kita

Tanpa Sahabat di sisi, kita tiada apa. Manusia diciptakan untuk hidup berpasangan, tanpa berpasangan. Bagaimana kehidupan kita di dunia milik Allah ni. Mungkin akan jadi kucar kacir, lintang pukang, porak peranda, semua perkara akan tergendala malah mungkin setiap apa yang kita ingin lakukan, tidak akan menjadi.
Adam dan Hawa juga diturunkan oleh AllahSWT ke dunia dalam keadaan berpasangan. Siapa kita ingin menidakkan perkara sebegini.
Berpasangan bukannya sahaja hanya diistilahkan sebagai pasangan antara lelaki dan perempuan, tapi diistilahkan juga pada yang bersahabat.
Sahabat, ana percaya antum semua mempunyai sahabat baik. Maksud ana, seorang sahabat baik. Ana pun begitu, okay ana nak buat taarufan sikit pasal sohib ana ni. Dia SHHH. Kami berkenalan hanya dalam suatu kebetulan. Ana tak jangka pun kami akan rapat sampai sekarang. Allah nak tunjuk, Allah nak anugerahkan seorang sohib pada ana.
Dialah anugerah Allah untuk ana. Allah hantar dia untuk ana hanya ingin menguji segala cabaran dan ujian yang mana kami berdua akan menempuhnya bersama. Allah sangat sayang akan hambaNya. Sebab tu Allah menguji kita. Salah satunya dengan cara bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah sesama manusia.
Dia, dan kami telah bersahabat dari tahun 2012. Erm mungkin bagi antum semua, ohh tak lama.   Tapi ana dan dia merasakan persahabatan kami ini sangat lama. Pelbagai masalah, rintangan, halangan, cabaran, ujian, salah sangka yang kami hadapi sama. Kami pernah berpisah pada suatu ketika dulu dan Allah kembalikan dia kepadaku. Padahal ana masatu dah merasakan dia pergi untuk selama lamanya. Tetapi sungguh mulianya AllahSWT telah mengembalikan dia kepadaku. Sungguh gembiranya hati ini Allah je yang tahu. Rindu ana padanya Allah telah sampaikan. Terima kasih ya Allah.
Dia, bukan sahaja sohib duniawaakhirat ana. Malah juga seorang kakak kepada ana. Dia, sangat mengambil berat terhadap semua yang berlaku pada ana. Beruntungnya ana kan. Hihi. Takdelah. Kami suka gaduh, memang hobi kami bergaduh. Tapi kalau dah nak baik balik, kemain indahnya. Hehe. Dia, susah senang bersamanya. Jika diantara kami, kami samasama cuba selesaikan bersama walaupun kengkadang ditimpa masalah yang agak berat. But kami still bersama till now and till Jannah InsyaAllah.
Terimakasih ya Allah anugerahkan seorang sahabat yang sangat mengambil berat tentangku. Ku bersyukur padaMu Ya Allah.
Dan antum semua nak tahu, satu kata-kata darinya yang tak pernah ana lupa adalah 'persahabatan takkan putus dan berpisah melainkan kematian yang memisahkan kita'. Sampai bilabila ana akan pegang katakatanya.
Satu kata dari ana, hargailah orang yang kita sayang selagi dia masih berada di dunia ini, jangan cepat mengalah, mengeluh kerana Allah takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab musabab. Jangan sampai kita menyesal suatu hari nanti. Akhiri kehidupan dengan khusnulkhotimah, insyaAllah syurga tempatnya.
Indahnya bersahabat jika kita bersahabat kerana AllahSWT.
Kepada DIA ( KAK HANI ) sohib yang ana sayangi, 'djah bukanlah sahabat atau adik yang terbaik untuk akak, tapi sedang mencuba untuk lakukan yang terbaik dalam persahabatan kita. Moga Allah meredhai persahabatan kita InsyaAllah. Terima kasih sayang, hadir dalam hidup djah.  Gila gila akak sudah cukup untuk buat djah tertawa walaupun djah ada masalah yang djah pendam. Youre the best ever for me sayang, kakak. Terima kasih Allah. Terima kasih akak. :)'.



Monday 5 May 2014

Kisah Si Muslimat dengan Si Muslimin Hebat

| Kekuatan Cinta pada Allah itu melebihi cinta pada manusia |

CINTA.
Allah zahirkan pada semua hambaNya yang mana Allah lahirkan perasaan cinta dan sayang pada semua insan tak kisahlah pada sesiapa, pada keluarga kita, pada sahabat kita, pada pasangan kita. Yang menentukan cinta itu hanyalah kita. Berkehendakkan cinta yang bagaimana, cinta yang hanya main-main, hanya ingin merasa seronok? atau cinta yang berpaksikan Allah dan RasulNya? Tepuk dada tanya iman kita, sejauh mana cinta yang kita kejar tanpa Allah dan RasulNya. Huhh. Hanya sia-sia.
Dan cerita yang ana nak ceritakan ni lain sedikit. Kedua-duanya menanti cinta dari Allah. Yang mana mereka berdua mempunyai impian yang sama iaitu mempunyai rasa cinta dan sayang dengan seseorang hanya selepas diijabkabulkan. Subhanallah, sangat mengkagumkan ana. Kedua-duanya takut pada azab Allah apabila mereka berhubungan sebelum diijabkabulkan.

Ceritaku bermula...

Dia Muslimat, seorang yang banyak kelemahan, banyak kekurangan dari segi ilmu agamanya. Dari segi pemikirannya.

Tetapi seorang Muslimin yang dimata manusia dialah yang hebat. Kuasa Allah, perasaan itu datang dalam hati si muslimin hebat itu pada si muslimat yang serba kekurangan. Mereka berdua tidak kenal sesama sendiri sebelum ini. Tapi mungkin si muslimin hebat itu sering memerhati si muslimat itu sampai suatu saat si muslimin mengambil keputusan untuk menghubungi si muslimat itu.
Padahal bagi si muslimat itu jauh sekali perasaannya ada pada si muslimin hebat tersebut.
Dia muslimin hebat cuba cari jalan untuk menghubungi si muslimat dan sampai suatu saat dia dapat nombor telefon si muslimat itu.
Si muslimat sangat2 terkejut dengan kehadiran si muslimin hebat yang mana bagi dirinya sendiri.

'Muslimin ini mungkin tidak memandang wanita, lihat dari akhlaknya, Allah mungkin pelihara hatinya dengan seorang wanita yang benar2 layak untuknya' . Tanpa dia sangka si muslimin hebat itu menghubunginya dan dia merasa sungguh hairan dan berfikir sejenak. 'Adakah si dia yang orang pandang jaga amal,jaga ibadahnya, dan tidak memandang wanita? '. 

Erm. Si muslimat merasa takut pada mulanya kerana dia tidak langsung menyangka si muslimin hebat ingin mengenalinya.

MH : Assalamualaikum Humaira', adakah ini Humaira' semester 3 dari Diploma Syariah ?
M : (errr dengan ternganganya dia) Waalaikumsalam. Ye saya. Ini Muhammad eh? Maaf saya dapat no awak sebab sohib saya pernah save no awak dalam ni atas urusan kerja. Maaf.
MH : ohh tidak apa. Saya tak sehebat Umar Al Khattab, saya tak seikhlas Ali r.anhu. Jauh sekali itu saya. Saya cuma insan biasa yang penuh noda di hati. Apa yang awak pandang luaran saya itu bukannya dalaman saya. Maaf saya tak sehebat itu.Maaf saya menghubungi awak secara tibatiba. Maaf. Saya cuma ingin mengenali awak. 

M : (merasa sedikit perasan, kerana tidak menyangka si muslimin hebat ini menghubunginya). Ohh tidak apa. Saya memahami. Kita semua tak sempurna. Ohh. Ingin mengenali saya. Baiklah saya faham. 

**********************************
Full stop, tak leh lebih-lebih. Intro je tu, tak best sangat. Hihi. Moga antum semua faham cerita ana ini.

Okay sambung cerita.....

Mereka saling menghubungi, saling sama memperingati. 

Hari kelima selepas perkenalan.
Si muslimat merasa hairan, kenapa si muslimin tidak menghubunginya atau merasakan rindu padanya.
Si muslimat terus menunggu...
(Haaa. Whatsapp dia 'online'. Tapi kenapa dia tak chat aku eh? Tub tub last seen dah. )
Si muslimat membiarkan sahaja, mungkin si muslimin hebat sibuk. Dia menyenangkan hatinya.

Hari ketujuh.. perkara yang sama berlaku pada hari kelima.

Hari kesembilan selepas perkenalan. Si muslimat mengambil keputusan untuk menghantar chat pada si muslimin hebat itu.

SI MUSLIMIN HEBAT MUHAMMAD (online)
M :  Salam, kenapa awak senyap sekarang? Saya ada buat salah kat awak ke? Maafkan saya kalau menganggu awak. Saya cuma ingin tahu kenapa awak berdiam.

MH typing.....

MH : Wassalam, terus terang saya katakan saya mempunyai perasaan terhadap awak, saya cuma untuk jaga hati saya tapi syaitan hasut saya untuk cari dan hubungi awak, saya jatuh. Saya kalah. Saya buat silap. Tapi saya tak silap untuk mengenali awak. Awak seorang yang baik. Maafkan saya kalau awak rasa saya mainkan awak, tapi pada zahirnya tidak awak. Saya cuma takut pada Azab Allah jika kita bermain perasaan sebegini. Saya nak jaga hati saya pada awak. Saya merasakan awak ada rasa sama macam saya. Kita berharap pada Allah ya. Mungkin nanti Allah pertemukan kita. Kita berdoa untuk Allah permudahkan segalanya. Saya lemah awak. Maafkan saya sekali lagi. Saya cuma ingin yang terbaik untuk diri saya dan awak. satu je saya mintak dari awak, jangan berharap pada saya. Berharaplah sepenuhnya pada Allah kerana Dia sebaik baik Perancang. Saya terpaksa pergi. Jaga diri awak untuk agama. Maafkan saya. Sekali perasaan itu datang, takkan adanya yang kedua. Salam.

M : Baik awak. Saya memahaminya sekarang. Ya sejujurnya saya merasakan perasaan yang sama. Saya mencari awak kerana saya merasakan rindu. Maafkan saya atas tindakan saya ini. Saya bukanlah orang selalunya kuat. Maafkan saya. Jika itu keputusan awak. Tiada hak untuk saya halang awak. Saya terima seadanya apa yang awak hendakkan sekarang kerana itu yang terbaik untuk kita dan hati kita. Maafkan saya, jaga diri awak. Wassalam.

#Last seen today at 2.30pm

Itulah cerita rekaan ana, hihihi. Sangat bosan kat cerita ana ni kan. Entah dari mana dapat inspirasi cerita ni. Hihi. Kesimpulan dari cerita ni, tiada siapa yang sempurna melainkan AllahSWT. Dan Allah akan hadirkan rasa cinta sebenar benar cinta jika kita benar benar sedia untuk hadapinya.
Tahniah pada si muslimat dan si muslimin hebat itu kerana berjaya tumbangkan musuh kita iaitu Syaitannirajimm. Memang pada mulanya kita jatuh, tapi kita bangkit balik untuk tegakkan apa yang Allah larang pada kita. Sangat sakit mungkin bila ditinggalkan kekasih. Tapi sakit lagi azabNya. Jauhilah maksiat. Tunggu saat indah itu sahabat. Akan tiba saat indah itu untuk dia dan dia. Kalau tidak didunia, diakhirat pasti. Itu kan Janji Allah pada kita. Syukurillah nikmatNya sekarang.

Jangan cepat terpedaya pada lelaki mahupun perempuan zaman sekarang. Hati kita ni Allah je yang tahu.

Moga bermanfaat pada si pembaca insyaAllah. Ana al faqirah yang banyak silapnya. Ana tak sempurna. Maafkan ana jika cerita di atas tidak menyenangkan sahabat semua. Illalliqa'. Salam semua. :)

Saturday 3 May 2014

Akhi wa Ukhti Akhir Zaman. Huhh, macam-macam hal.

| Akhi gila Perhatian Ukhti |
Rindunyaaa Syeikh, Rindunya walid, Rindunya Murabbi... Rindu nak talaqqi dengan Syeikhuna fulan bin fulan. *Gambar tersengeh. 5min kemudian.
301 likes 10 comment. Err menyampah I.
Ukhti Senget: Ukhti doakan akhi ye. Jaga mata, Jaga Hati, Jaga diri ya Akhi. Wekkk :P. #tadahTangan #tangandidada #StudyRajinRajin
Akhi Gatal: Terima kasih ya ukhti, ukhti pun sama eh, akhi sentiasa doakan Ukhti. Jangan Lupa Makan Ubat tau tau tau. #malu-malu #usapJanggut #kahwinSunnah #jagailahdiaYaAllah
Ukthi Manja: Hehehehe, alaaa akhi ni. Malu pulak, akhi dah makan?
Tadi lepas balik kuliah tak makan ke? Ciannyaaa. Bila kita nk berUsrah lagi? #GGMU #UkhtiManchester
Akhi Hero diMata Ukhti-ukhti: Yeye. Nanti akhi set masa lagi ye. Akhi tengah nak khatam kitab ni, nanti lepas tu, akhi kongsi ilmu sama-sama ehhhhhhhhhhh. Hihi. Ana akan bantu ukhti selagi ana mampu.
#AkhiYNWA #Looser
Ukthi Tomey: Rindu nk dgr Akhi Qasidah. Akhi Merdu: Nanti Akhi rekodkan yeeeee. Sebab sekarang tekak akhi takit angat. huhu ahh poyoo kauu.
P/S: watak akhi ukhti adalah sama walaupun berlainan nama tapi orangnya sama.
Hai akhi ukthi lah sangat. Apa Khabar?? Seronok bermesra dikhalayak ramai? Naik meremang bulu-bulu roma kami/ana baca. Apa kejadah semua ni boleh berlaku?
Kalian kena sedar. Kalian Pelajar Agama, Kalian membawa imej guru-guru kalian, Kalian membawa imej Ajaran Rasulallah. Berhenti la bercinta ala ala soleh solehah, kejut-kejut suboh, Buat group whatsapp, sembang-sembang Bola, group wechat, beetalk, mesra beramai ramai. Lepas tu, Si Akhi ayat sikit, lemah! Da jatuh cinta. Lepas tu Couple, nak cover bagi nampak CINTA SOLEHAH la sangat.
Claim diri 'TUNANG' akhi tu, tunang akhi ni.
Yang buruk nama Sheikh korang, yang buruk nama tempat belajar korang.
Betulkan niat kalian, kalian sepatutnya menjadi contoh pada masyarakat.
#Nauzubillahiminzalik, mintak jauh dari semua bala tu. Allahurabbi, hmm. Ana sendiri pun pernah terjebak dalam gejala ala ala cinta soleh solehah laa sangat ni, bila difikirkan, direnungkan balik, malunyaaa kita pada Allah SWT, pada Nabiyuna Muhammad SAW. Sungguh kejinya kita memperlekehkan agama Allah dengan begitu mudah sekali.
SAHABAT ana sekalian, cinta itu memang fitrah manusia tapi Allah SWT dah janji pada kita hambaNya akan datangnya cinta sejati itu bila Dia telah mengizinkan kita untuk menempuhnya. Sabarlah, perbaikilah diri kita dulu. Ada sebab Allah percepatkan atau lambatkan jodoh kita, Dia nak kita mempersiapkan diri kita untuk pikul Tanggungjawab yang dia akan amanahkan kat kita. Sejujurnya ana pun still waiting, tapi ana tak berharap pada dia sepenuhnya, biasalah tu. Cinta itu fitrah manusia. Berharaplah sepenuhnya pada Sang Pencipta Kita. ALLAH SWT.

Aku, Wanita, Muslimat, Perempuan dan Kamu?

Wanita 1: "Alhamdulillah, jubah hitam baru ini saya beli dari butik fulan fulan, cantik kan???? *Upload Gambar Posing Body"
Wanita 2: hehe..muka ana bila kekenyangan lepas makan. Alhamdulillah..ini kurniaan dari Allah.
*gambar kepala sengget
Wanita 3: alhamdulillah. Baru balik dari majlis ilmu. Jaga Iman, Jaga Hati, Jaga mata.. *post gambar body tangan buat Peace
Wanita 5: laparnya, jam baru pukul 9, *golek-golek atas Katil
Wanita 6: Pandang luar tingkap, tangan didagu, status: "Aku masih menunggumu pulang, jom bercinta selepas nikah"
Wanita 7: Selfie sambil buat reaksi muka comel, terkejut, sedih. Status: "Sangat islamik sebar dakwah, banyak kata-kata motivasi" tapi Motif? Inginkan like perhatian menjual maruah diri mahupun menyebarkan dakwah?
Wanita 8: Gambar cincin dijari manis. Status: "Cantik kan? Eh jangan fikir bukan-bukan, ini hadiah dari mak ‪#‎bukancincintunang‬ ‪#‎belumnikah‬ ‪#‎stillsingle‬
Kecantikanku ini hanya untuk bakal imamku."
Wanita 9: Aku Pendosa Tanpa Noktah *upload Gambar Tangan
Wanita 10: Ya Allah sweetnya.. bercinta lepas nikah is more awesome and more barakah. *Gambar laki bini beraksi macam titanic
Sepatutnya kalian sebagai wanita berniqab, muslimah yang bertudung labuh, tunjukkanlah teladan yang baik kepada wanita diluar sana.
Bukan tergedik-gedik memperagakan Body. Tergedik-gedik mencari komen lelaki.
Yang Gedik kini bukan setakat gambar-gambar, tapi turut disertakan status, ayat-ayat, aksi-aksi berinteraksi dengan lelaki berkopiah, berserban, yang mengaji Luar negara. Siap berbalas-balas text dengan penuh suasana ‘islamic’ gedik.
Kalian kena sedar, lelaki berkopiah juga bernafsu. Bukannya semakin dilayan puluhan lelaki berkopiah, membuatkan kalian bertambah semakin solehah. Bukan!!!
Kalian kena sedar, kalian membawa imej Islam. Membawa imej ajaran Rasulallah. Jagalah akhlak kalian, dengan sebaik-baiknya. Masyarakat awam memandang tinggi kepada kalian, bila kalian sendiri yang meninggalkan akhlak wanita solehah?
Siapa lagi yang hendak tunjuk akhlak solehah? Bila kalian sendiri yang mempergadaikan body dikhalayak? Siapa lagi hendak dijadikan contoh buat khalayak?
Wahai wanita yang digelar muslimah! Ingat! Media social network bukan tempatnya untuk menjual diri, meluahkan isi hati, meraih simpati dan mengejar perhatian orang lain untuk diri. Seharusnya sebagai wanita perlunya ada sifat privacy menjaga nilai martabat maruah diri yang telah diangkat oleh islam itu sendiri.
Taqwa itu bukannya dengan Upload banyak gambar Possing siap berstatus gedik. Taqwa itu dihati. Jadikan taqwa itu pakaian kita. Kerana taqwa itulah sebaik-baik pakaian.
Kalam Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid: “Carilah pintu kelemahan kamu dan tutupkah pintu itu jangan bagi syaitan masuk menipu daya dan mengawal hawa nafsu."
WaallahuTa'alam.