Friday 9 May 2014

Sahabat Hadiah Allah untuk kita

Tanpa Sahabat di sisi, kita tiada apa. Manusia diciptakan untuk hidup berpasangan, tanpa berpasangan. Bagaimana kehidupan kita di dunia milik Allah ni. Mungkin akan jadi kucar kacir, lintang pukang, porak peranda, semua perkara akan tergendala malah mungkin setiap apa yang kita ingin lakukan, tidak akan menjadi.
Adam dan Hawa juga diturunkan oleh AllahSWT ke dunia dalam keadaan berpasangan. Siapa kita ingin menidakkan perkara sebegini.
Berpasangan bukannya sahaja hanya diistilahkan sebagai pasangan antara lelaki dan perempuan, tapi diistilahkan juga pada yang bersahabat.
Sahabat, ana percaya antum semua mempunyai sahabat baik. Maksud ana, seorang sahabat baik. Ana pun begitu, okay ana nak buat taarufan sikit pasal sohib ana ni. Dia SHHH. Kami berkenalan hanya dalam suatu kebetulan. Ana tak jangka pun kami akan rapat sampai sekarang. Allah nak tunjuk, Allah nak anugerahkan seorang sohib pada ana.
Dialah anugerah Allah untuk ana. Allah hantar dia untuk ana hanya ingin menguji segala cabaran dan ujian yang mana kami berdua akan menempuhnya bersama. Allah sangat sayang akan hambaNya. Sebab tu Allah menguji kita. Salah satunya dengan cara bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah sesama manusia.
Dia, dan kami telah bersahabat dari tahun 2012. Erm mungkin bagi antum semua, ohh tak lama.   Tapi ana dan dia merasakan persahabatan kami ini sangat lama. Pelbagai masalah, rintangan, halangan, cabaran, ujian, salah sangka yang kami hadapi sama. Kami pernah berpisah pada suatu ketika dulu dan Allah kembalikan dia kepadaku. Padahal ana masatu dah merasakan dia pergi untuk selama lamanya. Tetapi sungguh mulianya AllahSWT telah mengembalikan dia kepadaku. Sungguh gembiranya hati ini Allah je yang tahu. Rindu ana padanya Allah telah sampaikan. Terima kasih ya Allah.
Dia, bukan sahaja sohib duniawaakhirat ana. Malah juga seorang kakak kepada ana. Dia, sangat mengambil berat terhadap semua yang berlaku pada ana. Beruntungnya ana kan. Hihi. Takdelah. Kami suka gaduh, memang hobi kami bergaduh. Tapi kalau dah nak baik balik, kemain indahnya. Hehe. Dia, susah senang bersamanya. Jika diantara kami, kami samasama cuba selesaikan bersama walaupun kengkadang ditimpa masalah yang agak berat. But kami still bersama till now and till Jannah InsyaAllah.
Terimakasih ya Allah anugerahkan seorang sahabat yang sangat mengambil berat tentangku. Ku bersyukur padaMu Ya Allah.
Dan antum semua nak tahu, satu kata-kata darinya yang tak pernah ana lupa adalah 'persahabatan takkan putus dan berpisah melainkan kematian yang memisahkan kita'. Sampai bilabila ana akan pegang katakatanya.
Satu kata dari ana, hargailah orang yang kita sayang selagi dia masih berada di dunia ini, jangan cepat mengalah, mengeluh kerana Allah takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab musabab. Jangan sampai kita menyesal suatu hari nanti. Akhiri kehidupan dengan khusnulkhotimah, insyaAllah syurga tempatnya.
Indahnya bersahabat jika kita bersahabat kerana AllahSWT.
Kepada DIA ( KAK HANI ) sohib yang ana sayangi, 'djah bukanlah sahabat atau adik yang terbaik untuk akak, tapi sedang mencuba untuk lakukan yang terbaik dalam persahabatan kita. Moga Allah meredhai persahabatan kita InsyaAllah. Terima kasih sayang, hadir dalam hidup djah.  Gila gila akak sudah cukup untuk buat djah tertawa walaupun djah ada masalah yang djah pendam. Youre the best ever for me sayang, kakak. Terima kasih Allah. Terima kasih akak. :)'.



No comments:

Post a Comment