Monday 5 May 2014

Kisah Si Muslimat dengan Si Muslimin Hebat

| Kekuatan Cinta pada Allah itu melebihi cinta pada manusia |

CINTA.
Allah zahirkan pada semua hambaNya yang mana Allah lahirkan perasaan cinta dan sayang pada semua insan tak kisahlah pada sesiapa, pada keluarga kita, pada sahabat kita, pada pasangan kita. Yang menentukan cinta itu hanyalah kita. Berkehendakkan cinta yang bagaimana, cinta yang hanya main-main, hanya ingin merasa seronok? atau cinta yang berpaksikan Allah dan RasulNya? Tepuk dada tanya iman kita, sejauh mana cinta yang kita kejar tanpa Allah dan RasulNya. Huhh. Hanya sia-sia.
Dan cerita yang ana nak ceritakan ni lain sedikit. Kedua-duanya menanti cinta dari Allah. Yang mana mereka berdua mempunyai impian yang sama iaitu mempunyai rasa cinta dan sayang dengan seseorang hanya selepas diijabkabulkan. Subhanallah, sangat mengkagumkan ana. Kedua-duanya takut pada azab Allah apabila mereka berhubungan sebelum diijabkabulkan.

Ceritaku bermula...

Dia Muslimat, seorang yang banyak kelemahan, banyak kekurangan dari segi ilmu agamanya. Dari segi pemikirannya.

Tetapi seorang Muslimin yang dimata manusia dialah yang hebat. Kuasa Allah, perasaan itu datang dalam hati si muslimin hebat itu pada si muslimat yang serba kekurangan. Mereka berdua tidak kenal sesama sendiri sebelum ini. Tapi mungkin si muslimin hebat itu sering memerhati si muslimat itu sampai suatu saat si muslimin mengambil keputusan untuk menghubungi si muslimat itu.
Padahal bagi si muslimat itu jauh sekali perasaannya ada pada si muslimin hebat tersebut.
Dia muslimin hebat cuba cari jalan untuk menghubungi si muslimat dan sampai suatu saat dia dapat nombor telefon si muslimat itu.
Si muslimat sangat2 terkejut dengan kehadiran si muslimin hebat yang mana bagi dirinya sendiri.

'Muslimin ini mungkin tidak memandang wanita, lihat dari akhlaknya, Allah mungkin pelihara hatinya dengan seorang wanita yang benar2 layak untuknya' . Tanpa dia sangka si muslimin hebat itu menghubunginya dan dia merasa sungguh hairan dan berfikir sejenak. 'Adakah si dia yang orang pandang jaga amal,jaga ibadahnya, dan tidak memandang wanita? '. 

Erm. Si muslimat merasa takut pada mulanya kerana dia tidak langsung menyangka si muslimin hebat ingin mengenalinya.

MH : Assalamualaikum Humaira', adakah ini Humaira' semester 3 dari Diploma Syariah ?
M : (errr dengan ternganganya dia) Waalaikumsalam. Ye saya. Ini Muhammad eh? Maaf saya dapat no awak sebab sohib saya pernah save no awak dalam ni atas urusan kerja. Maaf.
MH : ohh tidak apa. Saya tak sehebat Umar Al Khattab, saya tak seikhlas Ali r.anhu. Jauh sekali itu saya. Saya cuma insan biasa yang penuh noda di hati. Apa yang awak pandang luaran saya itu bukannya dalaman saya. Maaf saya tak sehebat itu.Maaf saya menghubungi awak secara tibatiba. Maaf. Saya cuma ingin mengenali awak. 

M : (merasa sedikit perasan, kerana tidak menyangka si muslimin hebat ini menghubunginya). Ohh tidak apa. Saya memahami. Kita semua tak sempurna. Ohh. Ingin mengenali saya. Baiklah saya faham. 

**********************************
Full stop, tak leh lebih-lebih. Intro je tu, tak best sangat. Hihi. Moga antum semua faham cerita ana ini.

Okay sambung cerita.....

Mereka saling menghubungi, saling sama memperingati. 

Hari kelima selepas perkenalan.
Si muslimat merasa hairan, kenapa si muslimin tidak menghubunginya atau merasakan rindu padanya.
Si muslimat terus menunggu...
(Haaa. Whatsapp dia 'online'. Tapi kenapa dia tak chat aku eh? Tub tub last seen dah. )
Si muslimat membiarkan sahaja, mungkin si muslimin hebat sibuk. Dia menyenangkan hatinya.

Hari ketujuh.. perkara yang sama berlaku pada hari kelima.

Hari kesembilan selepas perkenalan. Si muslimat mengambil keputusan untuk menghantar chat pada si muslimin hebat itu.

SI MUSLIMIN HEBAT MUHAMMAD (online)
M :  Salam, kenapa awak senyap sekarang? Saya ada buat salah kat awak ke? Maafkan saya kalau menganggu awak. Saya cuma ingin tahu kenapa awak berdiam.

MH typing.....

MH : Wassalam, terus terang saya katakan saya mempunyai perasaan terhadap awak, saya cuma untuk jaga hati saya tapi syaitan hasut saya untuk cari dan hubungi awak, saya jatuh. Saya kalah. Saya buat silap. Tapi saya tak silap untuk mengenali awak. Awak seorang yang baik. Maafkan saya kalau awak rasa saya mainkan awak, tapi pada zahirnya tidak awak. Saya cuma takut pada Azab Allah jika kita bermain perasaan sebegini. Saya nak jaga hati saya pada awak. Saya merasakan awak ada rasa sama macam saya. Kita berharap pada Allah ya. Mungkin nanti Allah pertemukan kita. Kita berdoa untuk Allah permudahkan segalanya. Saya lemah awak. Maafkan saya sekali lagi. Saya cuma ingin yang terbaik untuk diri saya dan awak. satu je saya mintak dari awak, jangan berharap pada saya. Berharaplah sepenuhnya pada Allah kerana Dia sebaik baik Perancang. Saya terpaksa pergi. Jaga diri awak untuk agama. Maafkan saya. Sekali perasaan itu datang, takkan adanya yang kedua. Salam.

M : Baik awak. Saya memahaminya sekarang. Ya sejujurnya saya merasakan perasaan yang sama. Saya mencari awak kerana saya merasakan rindu. Maafkan saya atas tindakan saya ini. Saya bukanlah orang selalunya kuat. Maafkan saya. Jika itu keputusan awak. Tiada hak untuk saya halang awak. Saya terima seadanya apa yang awak hendakkan sekarang kerana itu yang terbaik untuk kita dan hati kita. Maafkan saya, jaga diri awak. Wassalam.

#Last seen today at 2.30pm

Itulah cerita rekaan ana, hihihi. Sangat bosan kat cerita ana ni kan. Entah dari mana dapat inspirasi cerita ni. Hihi. Kesimpulan dari cerita ni, tiada siapa yang sempurna melainkan AllahSWT. Dan Allah akan hadirkan rasa cinta sebenar benar cinta jika kita benar benar sedia untuk hadapinya.
Tahniah pada si muslimat dan si muslimin hebat itu kerana berjaya tumbangkan musuh kita iaitu Syaitannirajimm. Memang pada mulanya kita jatuh, tapi kita bangkit balik untuk tegakkan apa yang Allah larang pada kita. Sangat sakit mungkin bila ditinggalkan kekasih. Tapi sakit lagi azabNya. Jauhilah maksiat. Tunggu saat indah itu sahabat. Akan tiba saat indah itu untuk dia dan dia. Kalau tidak didunia, diakhirat pasti. Itu kan Janji Allah pada kita. Syukurillah nikmatNya sekarang.

Jangan cepat terpedaya pada lelaki mahupun perempuan zaman sekarang. Hati kita ni Allah je yang tahu.

Moga bermanfaat pada si pembaca insyaAllah. Ana al faqirah yang banyak silapnya. Ana tak sempurna. Maafkan ana jika cerita di atas tidak menyenangkan sahabat semua. Illalliqa'. Salam semua. :)

No comments:

Post a Comment