Sunday 15 June 2014

Niqab or Purdah

Niat Berpurdah?
.
Sebab apa nak berpurdah? Sebab sunnah? Sebab suami suruh, jadi nak dapat keredhaan suami dan Allah ? Atau sebab trend , tengok semua pakai purdah.
terikut-ikut? Atau sebab nak perhatian?
Atau sebab nak gelaran wanita solehah ?
.
Tepuk dada, tanya iman, tanya diri sendiri. Kalau niat kita lurus, syukur . Kalau niat salah? Lebih baik betulkan dulu, sebab bila
terpesong niat, apa yang kita buat, orang akan mudah nampak, terutama yang bersih hati dia. Percaya la. And siapa kata kalau dari awal niat dah lurus tak perlu
diperbaharui dari semasa ke semasa?
.
Kalau boleh, tiap kali nak ikat purdah kat muka, cakap dengan diri sendiri, ini semua untuk teruskan sunnah. Semua ni demi menuntut keredhaan Allah .
'
Purdah, Perlu ke Istiqama
.
Sebab tu nak pakai purdah kena faham. Ada sesetengah orang pakai purdah untuk keselamatan. Jadi, kalau dia tak istiqamah pun tak salah. Misalnya kalau dia jalan-jalan dengan keluarga dia, dia yakin tak diancam, tak salah dia bukak.
.
Kalau istiqamah? Lagi baik! Dia rasa kuat jalankan sunnah, apa salahnya? Yang pasti, Allah takkan kurangkan ganjaran untuk orang yang sentiasa berusaha kan?
.
Jadi, tak perlu pertikaikan bila bukak tutup. Tapi, kenalah tahan sikit dengan persepsi masyarakat. Terutama bila pakai sekadar dalam gambar. [Maksud pakai saja-saja] Kalau rasa tak mampu hadap,jagan pakai purdah?kalau mampu Alhamdulillah loooo!!!!
.
Pemakaian Berpurdah Yang penting, niat!”
.
Salah . Salah sangat. Sebenarnya dengan purdah kita boleh dakwah, dakwah melalui contoh kepada diri sendiri. Bila kita
berpurdah dalam keadaan menyenangkan masyarakat, mesti masyarakat akan terima kita seadanya, seterusnya galakan sunnah diteruskan. 

No comments:

Post a Comment